25 Disember 2011 - 20:30

Para Imam dan khatib solat Jumaat mengecam keras dua serangan pengganas yang menjadikan pejabat Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Cawangan Keselamatan sebagai sasaran mereka di Damsyiq yang mengakibatkan kematian serta kecederaan pasukan tentera dan orang awam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Para Imam dan khatib solat Jumaat mengecam keras dua serangan pengganas yang menjadikan pejabat Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Cawangan Keselamatan sebagai sasaran mereka di Damsyiq yang mengakibatkan kematian serta kecederaan pasukan tentera dan orang awam.Para imam masjid menegaskan bahawa Islam tiada kaitan dengan serangan pengganas terhadap keselamatan tanah air, rakyat jelata, perpaduan dan kestabilan negara."Tanggung jawab kita dalam menghadapi konspirasi yang menyerang tanah air, menyebabkan pembunuhan, kemusnahan dan sabotaj ialah taat setia dengan perpaduan dalam memelihara tanah air kita sertamencegah pertumpahan darah," kata salah seorang imam dalam khutbahnya.Mereka menyatakan, sudah menjadi tanggungjawab setiap warga negara menghadapi konspirasi itu dengan menyeru perdamaian, menyatukan semua golongan dan mengawasi godaan gerakan bawah tanah yang mengajak untuk tidak keluar bekerja, mengganggu sekolah dan kehidupan dalam negara.Para imam berdoa semoga Allah memelihara Syria daripada sebarang konspirasi terhadap keselamatan dan kestabilan tersebut.Para ulama Syria juga turut menyalahkan PBB sebagai bertanggung jawab ke atas konflik di Syria selain menuduh badan dunia itu bersubahat mencetuskan huru hara.Ulama Syria mengutuk kedua-dua letupan angkara pengganas di Damsyiq yang menyebabkan kematian dan kecederaan puluhan rakyat negara itu.Dalam khutbah Jumaat lalu, para imam menggambarkan aksi-aksi pembunuhan dan sabotaj sebagai jelmaan konspirasi besar yang dihadapi negara itu.Khutbah-khutbah menyeru rakyat Syria supaya berjaga-jaga sepenuhnya terhadap komponen stimulasi yang cenderung ke arah mencetuskan keganasan di sekeliling mereka.Menteri Agama: Para ulama Syria menganggap kecaman terhadap serangan pengganas adalah terjemahan sebenar tentang bahaya yang dihadapi Syria.Menteri Agama, Muhammad Abdul Sattar Al-Sayyed dalam sebuah wawancara mengatakan, "Di manakah hero fatwa tentang jenayah dan pengganas?, Al-Qardawi... di mana dia?... Di manakah ulama luar yang menghasut pertumpahan darah di Syria?"Beliau berkata, ramai anak yatim cedera dalam serangan pengganas itu.Kristian ortodoks Syria dan Roman Katolik mencela serangan pengganas.Wakil agama Kristian Katolik dan Ortodoks Syria mencela serangan pengganas sambil mendoakan keamanan roh mereka yang terkorban dalam insiden tragik tersebut.Dalam pernyataan mereka, Patriarch Iwas berkata, jenayah ini jauh dari semangat toleransi dan persaudaraan warga Syria. Ia hanyalah menguntungkan musuh manakala dialog yang sihat harus dilangsungkan segera.Beliau mengakhiri pernyataan dengan berdoa agar hari Krismas tahun ini menjadi rahmat buat seluruh umat manusia demi memenangkan keamanan dan keselamatan seluruh dunia.Dalam waktu yang sama, Keluarga Roman Katolik di Damsyiq mengutuk serangan pengganas dengan menggelarkannya sebagai "aksi syaitan" di mana dalangnya sudah kehilangan indera kemanusiaan, sentimen patriotik dan pertalian agama.Pernyataannya menekankan bahawa perbuatan tersebut bakal menambah kesukaran dalam menangani krisis Syria dan akan menjadi bertambah tragik. Sementara itu rakyat Syria juga diminta menunjukkan kesedaran kesetiakawanan dan persaudaraan yang lebih serius. Mereka turut memberi amaran bahawa pihak yang berhasad dengki dengan Syria sedang mencari perpecahannya.Keluarga Roman Katolik menganjurkan doa agar Tuhan menganugerahkan keamanan, ketenangan emosi serta pemikiran dan menekankan bahawa Syria sanggup berkorban apa sahaja demi perpaduan, kestabilan, kemakmuran dan kebebasan.